SANDAKAN, 14 April (Bernama) -- Sabah Electricity menyumbang sebanyak RM5.2 juta dalam tempoh tiga tahun kepada inisiatif yang meningkatkan taraf hidup masyarakat, menyokong pendidikan, kebajikan dan melindungi alam sekitar sehingga tahun lepas.
Ketua Pegawai Komunikasi Korporatnya Lisa Wan Siew Han berkata melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR), Sabah Electricity bukan sahaja menyediakan bekalan tenaga kepada rumah dan industri tetapi inisiatif yang menyokong masyarakat.
"Usaha CSR ini akan diteruskan pada 2026, selaras dengan komitmen kami untuk memperkasa kesejahteraan rakyat Sabah. Program Wakalah Zakat menjadi antara inisiatif penting syarikat dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.
"Pada tahun ini RM481,000 Wakalah Zakat diagihkan dalam bulan Ramadan kepada golongan asnaf di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan, " katanya dalam ucapan beliau semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Elektrik Sabah bersama media, di sini, hari ini.
Sementara itu beliau berkata petugas media yang kurang sihat juga turut menerima sumbangan sebagai sebahagian daripada penjagaan dan sokongan berterusan Sabah Electricity terhadap rakan media.
"Sabah Electricity telah menyerahkan sumbangan kepada kepada 10 petugas media dari pelbagai agensi baru-baru ini di Kota Kinabalu, dan hari ini kami gembira dapat menyampaikan sumbangan kepada seorang petugas media (RTM) di sini, diharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima," katanya.
Selain itu, Lisa berharap media dan Sabah Electricity akan dapat terus membina hubungan yang kukuh dan bekerjasama bagi menambah baik kesejahteraan rakyat dan negeri.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial