Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Setahun Pemergian Tun Abdullah Di Masjid Negara

14/04/2026 09:20 PM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena setahun pemergian Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, berlangsung di Masjid Negara di sini malam ini.

Majlis berkenaan dihadiri balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, serta anak-anak Tan Sri Kamaluddin dan Nori bersama suami Khairy Jamaluddin, serta ahli keluarga terdekat.

Hadir sama bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar, Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta ratusan jemaah.

Ad Banner

Bacaan Yasin dan tahlil yang bermula sejurus selepas solat Maghrib dipimpin Imam Masjid Negara Amir Adili Mohd Noor.

Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 April tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan