Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jenazah Suami Nancy Shukri Diterbangkan Ke Kuching Esok, Dikebumi Di Samariang

19/06/2026 12:18 AM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, dijadual diterbangkan ke Kuching, Sarawak pada 11 pagi esok untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataan hari ini memaklumkan jenazah akan diterbangkan menerusi penerbangan MH2520 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 12.50 tengah hari.

“Selepas urusan pelepasan di lapangan terbang yang dijangka mengambil masa antara 60 hingga 90 minit, jenazah akan dibawa ke kediaman rasmi Datuk Seri Nancy Shukri dan dijangka tiba pada 2.50 petang.

Ad Banner
Ad Banner

“Solat jenazah akan diadakan di kediaman rasmi berkenaan pada 4.40 petang sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Samariang untuk dikebumikan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, kira-kira 250 individu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham di Masjid Negara di sini malam ini.

Solat jenazah itu diimamkan oleh Imam Masjid Negara Zainul Hilmi Abd Jalil.

Tinjauan Bernama di Masjid Negara mendapati suasana hiba menyelubungi masjid berkenaan ketika bacaan Yasin dan sesi penghormatan terakhir buat Allahyarham sebelum jenazah dibawa ke KLIA kira-kira 11.20 malam.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan