Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

LKIM Salur Bantuan RM5,000 Kepada Keluarga Nelayan Hilang Di Pulau Pasir Hitam

15/04/2026 09:10 PM

IPOH, 15 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan bantuan berjumlah RM5,000 bagi membantu keluarga mangsa serta menyokong operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan yang masih hilang selepas terjatuh dari bot di perairan Pulau Pasir Hitam, Ahad lepas.

Dalam kenyataan malam ini, LKIM memaklumkan bantuan itu disalurkan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga mangsa4923 Sim Yau Kok, 38.

“ Kerajaan Negeri Perak melalui agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan operasi mencari dan menyelamat serta komited memastikan kebajikan keluarga mangsa sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Ad Banner

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa hari ini.

Turut hadir Ahli Jemaah Lembaga LKIM merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis Wong May Ing dan Pengarah LKIM Negeri Perak Ahmad Zulkifli Ismail.

Semalam, Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Hairil Othman berkata dalam kejadian itu, Sim bersama dua warga Myanmar, Ko Ko Aung, 35, dan Khin Maung Tun, 38, terjatuh ke laut ketika mahu menurunkan pukat.

Ko Ko Aung berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan pada hari kejadian, manakala Khin Maung Tun ditemukan lemas oleh pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) Isnin lepas.

Sim bagaimanapun masin belum ditemukan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan