Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

RM9.55 Bilion Projek Di Pahang, KKR Fokus Pastikan Impak Dirasai Rakyat

17/04/2026 03:20 PM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Sebanyak 224 projek pembinaan fizikal bernilai RM9.55 bilion sedang dilaksanakan di Pahang tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata daripada jumlah itu 123 projek melibatkan fasa prapembinaan dengan nilai RM3.87 bilion, manakala 101 projek lagi berada di peringkat dalam pembinaan dengan nilai RM5.68 bilion.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang supaya pelaksanaan projek dapat dipercepat, isu berbangkit dapat diselesaikan dengan lebih berkesan, dan manfaat pembangunan benar-benar sampai kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ad Banner

Terdahulu, beliau berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama delegasi di KKR hari ini. 

Pertemuan itu turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak meneliti pelaksanaan projek berteraskan rakyat khususnya yang melibatkan infrastruktur asas, kemudahan awam dan kesejahteraan masyarakat di Pahang.

Nanta berkata KKR kekal komited memastikan setiap projek dilaksanakan secara terancang, dipantau rapi dan disiapkan mengikut keutamaan demi manfaat kepada rakyat di Pahang. 

Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan