KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) – Tiga kelab motosikal dari MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB), Kelab Motosikal AgroBank dan Kelab Motosikal Bernama (BMC) redah perjalanan sejauh 400 kilometer tinjau lokasi program tanggungjawab sosial korperat (CSR) di Pos Lenjang, Lipis Pahang semalam.
Seramai 13 penunggang motosikal termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAAB Zaidi Shahrim turut menyertai program selama sehari itu.
Penganjur program Mohamad Al-Jauoharie Moharam berkata matlamat program tersebut untuk mengenalpasti beberapa penempatan Orang Asli beragama Islam yang terdapat di kawasan sekitar Pos Lenjang.
“Tarikh sebenar program CSR itu kita akan maklumkan sedikit masa lagi, dan kali ini MAAB akan bekerjasama dengan AgroBank Bikers dan BMC,” katanya kepada Bernama di sini.
Beberapa program akan disusun atur dalam tempoh masa terdekat yang akan melibatkan penduduk Orang Asli beragama Islam sekitar Pos Lenjang.
“Antara program yang dalam perancangan kami adalah seperti program serahan zakat, program cakna kebersihan diri dan berapa aktiviti ramah mesra bersama penduduk setempat.
Menurutnya program sebenar iaitu selama dua hari, satu malam dijangka akan dianjurkan pada bulan Mei.
Pos Lenjang ialah sebuah kawasan petempatan Orang Asli Semai.
Petempatan Orang Asli ini memiliki sebuah sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Lenjang serta sebuah klinik kesihatan awam (Klinik Desa Pos Lenjang).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial