KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan tahniah kepada johan qari dan qariah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M.
Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berharap kejayaan pada majlis yang melabuhkan tirainya di Terengganu malam tadi itu, menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mendekati, memahami serta menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.
"Bersama-sama kita mendoakan agar kedua-dua mereka dikurniakan kejayaan dalam menggalas amanah membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa. Insya-Allah," katanya.
Johan qari diraih oleh Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali dari Perak manakala johan qariah dimenangi Nur Syakura Mohamad Musa dari Sarawak.
Cik Hasnul Taqiyuddin, 25, merupakan penuntut tahun tiga jurusan Al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala Nur Syakura, 31, adalah penyelia Guru Al-Quran di Majlis Islam Sarawak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial