KOTA KINABALU, 20 April (Bernama) -- Sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka dan menempatkan 248 orang daripada 219 keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Sandakan setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa ditempatkan di beberapa PPS termasuk Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan Gas, Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Dewan Sibuga serta Sekolah Kebangsaan Karamunting.
Menurut kenyataan itu, jumlah keseluruhan mangsa masih dalam proses kemas kini berikutan pendaftaran di beberapa PPS masih berjalan.
Semalam, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia di Sandakan mengakibatkan kira-kira 1,000 rumah musnah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata kebakaran itu melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial