Daripada Amirul Mohd Sajadi
MAKKAH, 26 April (Bernama) -- Dua jemaah haji Malaysia yang dirawat di hospital di Madinah dan Makkah dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata kedua-dua jemaah berkenaan dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung dan sesak nafas.
“Seorang jemaah lelaki berusia 72 tahun dimasukkan ke sebuah hospital di Makkah, manakala seorang jemaah wanita berusia 65 tahun dirawat di hospital di Madinah.
“Bagaimanapun, jemaah wanita itu telah dibenarkan pulang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Mohd Hisham tidak menolak kemungkinan faktor cuaca panas dan keletihan menjadi punca dua jemaah itu dimasukkan ke hospital.
Beliau turut menasihati jemaah haji Malaysia untuk minum air dan rehat secukupnya selain menjaga keselamatan diri.
Operasi Haji 1447/2026 bermula secara rasmi pada 18 April, dengan 31,600 jemaah haji Malaysia berlepas secara berperingkat ke Madinah dan Makkah menerusi 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial