Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Mahu Universiti Kekal Bermutu, Bukan Kilang Hasilkan Sijil

28/04/2026 03:12 PM

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Sistem pendidikan negara mesti berteraskan keseimbangan antara penguasaan ilmu, kemajuan teknologi dan pengukuhan nilai kemanusiaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu, tetapi memiliki akhlak, etika serta jati diri yang kukuh.

“Oleh itu saya telah minta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memantau dan mempertahankan mutu di universiti. 

Ad Banner

“Kalau universiti tidak menjurus ke arah kecemerlangan, universiti itu akan menjadi hambar dan hanya menjadi kilang mengeluarkan sijil dan tidak bermutu sekali gus memberi kesan kepada generasi akan datang,” katanya pada  program Temu Anwar dan peluncuran pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim dan Canselor Universiti UCSI Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.

Anwar berkata perkembangan pesat teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), transformasi digital dan pusat data membuka peluang besar kepada negara, namun kemajuan teknologi itu tidak boleh mengabaikan aspek pembinaan insan dan nilai kemanusiaan.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata pendekatan itu juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara kualiti pendidikan dan nilai moral dalam melahirkan masyarakat berdaya saing.

Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa Malaysia kini menjadi antara destinasi utama pelajar antarabangsa dengan kira-kira 160,000 pelajar luar negara menuntut di universiti awam dan swasta.

Beliau berkata jumlah itu merupakan antara yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN dan mencerminkan keyakinan global terhadap sistem pendidikan negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan