KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta lapan negeri lain sehingga jam 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini, memaklumkan kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, manakala di Perak melibatkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Mualim.
Di Pantai Timur, amaran sama dikeluarkan bagi Dungun dan Kemaman di Terengganu, selain beberapa kawasan di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan serta Rompin.
Selain seluruh Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang, juga diramal mengalami cuaca sama.
Selain itu, keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) serta Johor (Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Bagi Sabah, amaran melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Pitas dan Kudat).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial