Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Masalah Teknikal: Jemaah Haji KT051 Akan Berlepas Ke Jeddah Awal Pagi Rabu

05/05/2026 08:54 AM

Daripada Amirul Mohd Sajadi

MAKKAH, 5 Mei (Bernama) -- Sebanyak 278 jemaah haji Malaysia bagi penerbangan KT051 yang mendarat di Muscat, Oman, susulan isu teknikal pesawat dijadual meneruskan perjalanan ke Jeddah awal pagi Rabu dengan menaiki pesawat alternatif.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, penerbangan  yang disediakan AMAL by Malaysia Airlines itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Muscat pada 6 Mei, 3 pagi (waktu Oman).

Ad Banner
Ad Banner

Penerbangan itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada 5.10 pagi waktu Arab Saudi, hari yang sama.

Menurut TH, semua jemaah yang terlibat telah diberikan makanan dan minuman sebelum dibawa ke hotel penginapan untuk berehat sementara menunggu waktu pelepasan.

“Petugas daripada pihak AMAL by Malaysia Airlines juga telah ditugaskan untuk berada di lapangan terbang berkenaan dengan kadar segera bagi memantau keadaan semasa serta memastikan kebajikan jemaah sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Ad Banner
Ad Banner

Pesawat MH8110 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa melakukan pendaratan di Muscat pada 4.11 petang semalam waktu tempatan susulan isu teknikal.

TH sebelum ini memaklumkan pendaratan itu dibuat sebagai langkah keselamatan standard, dan semua jemaah berada dalam keadaan baik serta tidak terjejas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan