Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Entiti Pembangunan MARA Jana Nilai Sosioekonomi RM1.67 Bilion

05/05/2026 07:08 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi entiti pembangunan utamanya menjana nilai sosioekonomi berjumlah RM1.67 bilion antara 2021 hingga 2025, menunjukkan impak agensi itu yang semakin berkembang dalam memacu pembangunan bumiputera.

Ketua Pengarah MARA Datuk Zulfikri Osman berkata pencapaian itu mencerminkan keberkesanan pendekatan bersepadu berteraskan pendidikan, keusahawanan dan pelaburan.

Beliau berkata GIATMARA merekodkan lebih 36,000 pelatih yang menyumbang kepada nilai sosioekonomi sebanyak RM1.44 bilion, manakala Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memberi manfaat kepada 280,903 individu dengan nilai RM235 juta.

Ad Banner
Ad Banner

“Angka ini menunjukkan bagaimana pelaburan MARA diterjemahkan kepada hasil sosioekonomi yang nyata dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Zulfikri berkata sambutan ulang tahun ke-60 agensi itu turut memperkukuh kedudukan strategiknya menerusi kerjasama dengan pemain industri.

Beliau berkata sebanyak 12 Sesi Sinergi yang diadakan sepanjang acara lima hari itu membawa kepada lebih 30 pertukaran dokumen rasmi, termasuk Memorandum Persefahaman (MoU), Surat Niat (LoI) dan Surat Perjanjian (LoA).

Ad Banner
Ad Banner

Acara itu turut menyaksikan pelancaran 12 produk, perkhidmatan dan inisiatif strategik baharu melibatkan sembilan anak syarikat MARA merentas pelbagai sektor.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan