ALOR SETAR, 7 Mei (Bernama) -- Tarikh ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi tahun ini telah dipinda dari 21 Jun kepada 5 Julai.
Pindaan tarikh itu dimaklumkan menerusi satu surat rasmi kerajaan negeri yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Muhammad Mahazi Ibrahim bertarikh 6 Mei.
Sehubungan dengan perubahan itu, Hari Kelepasan Am Negeri Kedah turut dipinda selaras dengan tarikh baharu berkenaan.
Surat berkenaan diedarkan kepada ketua jabatan negeri dan Persekutuan, ketua badan berkanun negeri dan Persekutuan serta ketua jabatan pihak berkuasa tempatan untuk perhatian pihak berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial