Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Hampir 100 Peratus Peneroka Felda Johor Terima Hak Milik Tanah - MB

07/05/2026 05:08 PM

ISKANDAR PUTERI, 7 Mei (Bernama) -- Sebanyak 99.23 peratus atau 27,429 daripada 27,642 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Johor telah berjaya menerima hak milik tanah mereka, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata penyelesaian isu berkenaan hasil usaha berterusan serta kerjasama erat antara Pejabat Tanah dan Galian Johor, Pejabat Tanah Daerah serta Felda.

Onn Hafiz berkata kerajaan negeri memberi keutamaan kepada penyelesaian isu itu yang berlarutan sekian lama serta menyentuh soal masa depan, keselamatan dan kesejahteraan hidup generasi peneroka. 

Ad Banner
Ad Banner

"Hal ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan isu yang telah lama membelenggu peneroka dapat diselesaikan secara teratur,” katanya ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.

Status hak milik tanah peneroka dan pemilikan perumahan generasi Felda sebelum ini turut dibangkitkan R.Vidyananthan (BN-Kahang) pada persidangan berkenaan.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata sebanyak 86 peratus atau 10,663 daripada 12,392 permohonan berkaitan isu pemilikan perumahan dalam kalangan generasi Felda telah diluluskan kerajaan negeri.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 7,915 pemohon telah berjaya menerima hak milik manakala baki 2,748 pemohon yang telah diluluskan sedang dalam proses tindakan melalui pengeluaran Notis 5A.

Menurut Onn Hafiz, perkembangan itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak memandang ringan isu-isu tertunggak berkaitan pemilikan tanah dan perumahan generasi Felda.

“Kerajaan Negeri akan terus memastikan kebajikan peneroka dan generasi Felda terus terpelihara. Kita mahu mereka turut menikmati pembangunan negeri, dengan hak dan masa depan yang lebih terjamin,” katanya.

Beliau berkata usaha berkenaan akan diteruskan secara berperingkat menerusi penyelarasan antara agensi, supaya baki urusan yang masih dalam proses dapat diselesaikan mengikut prosedur dan peraturan yang dikuatkuasakan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan