KOTA KINABALU, 11 Mei (Bernama) -- Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Kota Kinabalu 1.40 tengah hari ini, bagi mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah bermula hari ini hingga Rabu.
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal di Lapangan Terbang Kota Kinabalu 2 (KKIA2) disambut Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Tengku Hassanal kemudian dijadual mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini.
Baginda kemudiannya dijadual berangkat ke Kundasang dari Kota Kinabalu sekitar 3 petang.
Tengku Hassanal turut mengalu-alukan rakyat Sabah yang ingin bertemu boleh menunggu di sepanjang jalan akan dilalui baginda ke Kundasang.
Menerusi ekspedisi ini, Tengku Hassanal akan mendaki Gunung Kinabalu esok dengan diiringi pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial