Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

1,348 Unit Rumah Rakyat Pahang Telah Siap Dibina, 623 Masih Dalam Proses Pembinaan - Exco

14/05/2026 12:00 PM

KUANTAN, 14 Mei (Bernama) -- Sebanyak 1,348 unit rumah Rumah Rakyat Pahang (RRP) dengan peruntukan melebihi RM100 juta telah siap dibina manakala 623 unit lagi masih dalam proses pembinaan setakat 30 April lepas. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata hampir 2,000 rumah percuma telah diberikan kepada rakyat negeri Pahang.

“Kos pembinaan bagi sebuah unit RRP sebelum ini ialah RM75,000, namun kerajaan negeri menambah peruntukan sebanyak RM5,000 menjadikan kos keseluruhan RM80,000 bagi setiap unit yang diberikan secara percuma kepada rakyat,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini. 

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd Sharim Md Zain (BN-Chini) yang ini tahu tentang status terkini pelaksanaan RRP dan jumlah rumah yang telah siap dibina setakat ini secara keseluruhannya.  

Mohammad Fakhruddin berkata pihaknya telah melaksanakan pelbagai skim perumahan untuk rakyat di negeri itu, seperti Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur Pahang dan  Program Residensi Rakyat (PRR). 

“Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Jika mengikut harga pasaran, Rumah Prima Pahang mencecah hampir RM400,000, namun kerajaan negeri memberikan subsidi sehingga menjadikan harga jualan hanya RM150,000,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner

Pada persidangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan negeri Datuk Seri Ir Mohd Soffi Razak memaklumkan sebanyak 210 sekolah di negeri Pahang mempunyai murid kurang daripada 150 orang. 

Beliau berkata daerah Lipis mencatatkan sebanyak 33 sekolah, Temerloh (28), Raub (26), Jerantut (25), Maran (22),  Bera (17), Bentong (16), Pekan (15), Cameron Highlands (14), Kuantan (sembilan) dan Rompin (lima).

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka) mengenai jumlah sekolah kekurangan murid di Pahang dan apakah dasar serta pelan bertempoh kerajaan negeri untuk menanganinya. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan