BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Bekas ADUN Gunung Semanggol, Abd Muhaimin Meninggal Dunia

14/05/2026 01:01 PM

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol Datuk Abd Muhaimin Abd Rahman Nazri menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang, semalam.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau, pagi tadi.

Dalam hantaran sama, Saarani menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Abd Muhaimin serta berharap mereka tabah dalam mengharungi saat sukar itu.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat berkata jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rahmaniah kira-kira 11.45 pagi tadi.

Sham berkata pemergian Abd Muhaimin merupakan satu kehilangan besar memandangkan Allahyarham adalah seorang pemimpin berpengalaman yang banyak berjasa kepada parti dan masyarakat setempat.

“Kira-kira 25 tahun beliau menabur bakti dalam UMNO khususnya di Bagan Serai. Banyak usaha dan sumbangan beliau dalam memastikan UMNO terus kukuh di situ.

Ad Banner
Ad Banner

“Lebih menyedihkan, beliau baru sahaja pada minggu lepas menyerahkan borang untuk kembali dalam pangkuan UMNO kepada saya. Ia menunjukkan kecintaan beliau yang tidak pernah pudar terhadap parti walaupun pernah melalui pelbagai fasa dalam perjuangan politiknya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Abd Muhaimin, 62, anak jati Gunung Semanggol pernah memegang jawatan sebagai ADUN Gunung Semanggol selama sepenggal dari 2004 hingga 2008 selain pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai dari 2013 hingga 2018.

Selain itu, Allahyarham juga pernah menyandang jawatan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Serai dari 2004 hingga 2008 selain Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai dari 1995 hingga 2004.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan