Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Zon Keterjaminan Makanan: Inisiatif Johor Wartakan 2,000 Hektar Satu Langkah Tepat - KPKM

15/05/2026 03:54 PM

JOHOR BAHRU, 15 Mei (Bernama) -- Inisiatif Kerajaan Negeri Johor mewartakan kawasan seluas 2,000 hektar di Segamat sebagai Zon Keterjaminan Makanan, disifatkan sebagai langkah strategik dan signifikan dalam memastikan bekalan makanan kekal mampan serta mencukupi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata langkah proaktif itu, mencerminkan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam memperkukuh sekuriti makanan, khususnya dalam sektor pertanian dan penternakan.

“Inisiatif tersebut dilihat sebagai langkah penting, dalam memastikan bekalan makanan, khususnya hasil pertanian dan ternakan, terus mencukupi serta mampan bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau bekata demikian selepas mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Zahari Sarip di Kota Iskandar, semalam.

Chan berkata Johor terus memainkan peranan penting sebagai antara peneraju utama sektor agromakanan negara, malah dikenali sebagai Food Basket of Malaysia serta hab bekalan makanan ke pasaran serantau dan antarabangsa.

Beliau berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, Johor merekodkan nilai jualan sektor pertanian tertinggi negara iaitu sebanyak RM27.52 bilion, bersamaan 16.9 peratus daripada keseluruhan nilai jualan pertanian Malaysia, selain mencatatkan pendapatan tertinggi sektor berkenaan dengan nilai RM30.15 bilion, sekali gus membuktikan kekuatan dan daya tahan industri agromakanan Johor.

Ad Banner
Ad Banner

Dalam pada itu, Chan berkata Kerajaan persekutuan menghargai komitmen Johor dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan pertanian berjalan lancar, dengan semua projek di bawah peruntukan Persekutuan berjaya disiapkan sepenuhnya.

“Ia melibatkan 16 projek bernilai RM20.71 juta pada 2024 dan 22 projek bernilai RM26.45 juta pada 2025,” katanya.

Chan berkata bagi tahun 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Johor menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM32.12 juta menerusi Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN), melibatkan 27 projek pembangunan sektor agromakanan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan