Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Steven Sim Hadir Program Semarak Hari Guru NUTP Pulau Pinang, Hargai Pengorbanan Warga Pendidik

15/05/2026 04:18 PM

BUTTERWORTH, 15 Mei (Bernama) -- Guru memainkan peranan penting dalam membentuk kepimpinan negara dan melahirkan generasi masa depan yang mampu mendepani cabaran dunia yang semakin kompleks, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim.  

Beliau berkata profesion perguruan bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah membentuk disiplin, nilai dan jati diri pelajar sehingga berjaya melahirkan pemimpin negara, pentadbir awam serta golongan profesional,” katanya ketika berucap pada majlis Semarak Hari Guru NUTP Cawangan Pulau Pinang Merentas Hari Pekerja, di sini hari ini.

Program anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 1,000 guru dari seluruh Pulau Pinang. 

Ad Banner
Ad Banner

Ditubuhkan lebih 52 tahun lepas, NUTP kini mempunyai kira-kira 230,000 ahli di 11 negeri di Semenanjung Malaysia, sekali gus menjadikannya kesatuan terbesar dari segi keahlian di negara ini. 

Pada majlis sama, NUTP turut merakamkan penghargaan kepada Steven Sim atas pelaksanaan pelbagai reformasi buruh ketika beliau menerajui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), termasuk usaha memperkukuh perlindungan dan kebajikan pekerja.

Sim turut mengucapkan tahniah kepada penjawat awam termasuk golongan guru atas kenaikan gaji sebanyak 15 peratus selepas lebih 12 tahun.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata kekuatan kesatuan amat penting dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja.

“Perpaduan dan solidariti dalam kalangan pekerja penting bagi mempertahankan hak serta kebajikan golongan itu, terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan