Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Belia Mesti Diperkasa Dengan Ilmu, Kemahiran Hadapi Dunia Makin Kompleks - PM Anwar

15/05/2026 04:22 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Golongan belia harus dipersiapkan dengan ilmu, kemahiran, nilai, dan keyakinan bagi mendepani cabaran dunia yang semakin pantas berubah serta kompleks, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perutusannya sempena sambutan Hari Belia Negara hari ini, beliau berkata generasi muda pada masa kini merupakan lambang semangat, idealisme dan kekuatan dalam mencorakkan masa depan Malaysia.

“Saya percaya generasi muda hari ini memiliki keberanian untuk berfikir secara kritis, menyuarakan pandangan dengan matang serta membawa pembaharuan demi kemajuan negara.

Ad Banner
Ad Banner

“Kerajaan MADANI akan terus memperluas peluang dalam pendidikan, latihan, pekerjaan dan keusahawanan termasuk memperkukuh sokongan kepada pekerja gig serta usahawan muda,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 hari ini.

Perdana Menteri berkata penguasaan ilmu dan teknologi mesti diseimbangkan dengan prinsip, integriti serta kesedaran untuk membina sebuah masyarakat yang lebih berdaya saing dan bermaruah.

Sebagai komitmen terhadap agenda pemerkasaan belia, Anwar turut mengumumkan tambahan peruntukan RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasa gerakan dan pembangunan anak muda di seluruh negara.

Ad Banner
Ad Banner

“Saya yakin semangat, daya fikir dan tekad generasi muda akan menjadi kekuatan penting dalam mengangkat Malaysia ke tahap yang lebih maju, adil dan dihormati,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan