Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Penyelia Pasar Raya Maut Pacuan Empat Roda Rempuh Tiang Jejantas

18/05/2026 09:12 PM

DUNGUN, 18 Mei (Bernama) -- Seorang penyelia sebuah pasar raya maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas dan merempuh tiang jejantas di Kilometer 84, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di hadapan Kolej Vokasional Dungun di sini hari ini. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun DSP Jumaidy Bah Chong Weh berkata nahas pada 2.05 petang itu menyaksikan Lim Sin Yang, 40, yang memandu pacuan empat roda Toyota Hilux mengalami kecederaan pada bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Beliau berkata kemalangan itu dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Paka ke tempat kerjanya di Jalan Yahaya Ahmad di bandar Dungun. 

Ad Banner
Ad Banner

"Ketika melalui satu selekoh, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum merempuh tiang jejantas di hadapan Kolej Vokasional Dungun," katanya ketika dihubungi Bernama.

Jumaidy berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan