Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jalan Gua Musang–Lojing Yang Runtuh Sebelum Ini Akan Dibuka Pada 21 Mei

19/05/2026 11:06 PM

GUA MUSANG, 19 Mei (Bernama) -- Jalan Gua Musang–Lojing yang ditutup sejak 3 Disember tahun lepas akibat tanah runtuh dijangka dibuka semula kepada pengguna pada 21 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan Datuk Dr Izani Husin berkata pembinaan jalan lencongan sementara di lokasi terjejas kini hampir siap dan dijangka mula digunakan pada Khamis ini.

Beliau berkata pembukaan laluan itu amat penting bagi memulihkan semula hubungan pengangkutan antara Kelantan, Pahang dan Perak yang terjejas sejak kejadian tanah runtuh berlaku.

Ad Banner
Ad Banner

“Pembukaan laluan ini sudah tentu penting dalam memulihkan rangkaian pengangkutan serta merancakkan kembali sektor ekonomi antara negeri, khususnya melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan logistik.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita akan terus berusaha sedaya upaya. Saya juga merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kerja Raya serta Menteri Kerja Raya atas keprihatinan dan kerjasama erat dalam menangani isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Izani berkata laluan berkenaan hanyalah jalan lencongan sementara dan pengguna diminta sentiasa berwaspada ketika melalui kawasan tersebut.

Ad Banner
Ad Banner

Media sebelum ini melaporkan Jalan Gua Musang–Lojing FT185 Seksyen 107.6 di Pos Blau runtuh dipercayai akibat pergerakan air bawah tanah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan