Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

TPM Ahmad Zahid Ajak Rakyat Meriahkan Sambutan Hari TVET Negara

22/05/2026 10:12 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak orang ramai, khususnya golongan belia untuk hadir memeriahkan Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026  yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata sambutan itu bakal menghimpunkan pelbagai bakat kemahiran serta membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali masa depan industri dan kerjaya berasaskan TVET.

Beliau berkata pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang tiga hari program bermula dari 9 pagi hingga 10 malam seperti pameran teknologi, pertandingan kemahiran, pameran industri dan peluang kerjaya daripada pelbagai sektor.

Ad Banner
Ad Banner

“Simpan tarikh ini dan ajak keluarga serta rakan-rakan untuk bersama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan