Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

SAR Pendaki Di Gunung Batu Putih Ditangguh, Pasukan Bermalam Di Puncak

27/05/2026 09:45 PM

IPOH, 27 Mei (Bernama) -- Operasi hari ketiga mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang selepas mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak Sabtu lepas, masih menemui jalan buntu dan akan disambung esok.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sehubungan dengan itu, 12 anggota pasukan operasi bermalam di lokasi pencarian di puncak gunung pada malam ini selepas operasi ditangguh lewat petang tadi.

“Pasukan SAR yang memasuki kawasan operasi pagi tadi dengan pesawat AW139 di Bukit Berapit 2 sampai ke kawasan Kem Sukaneka melibatkan perjalanan berjalan kaki menyusuri permatang gunung selama lima jam.

Ad Banner
Ad Banner

“Pencarian difokuskan bermula simpang menuju Kem Sekali (lokasi di antara Kem Sukaneka dan Gunung Rayu) berdasarkan maklumat semasa dan garis masa perjalanan mangsa dan pasukan penyelamat sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi pencarian hari ini turut digerakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan keanggotaan yang lebih ramai.

Operasi ditangguhkan 6 petang dan akan bersambung pada 8 pagi esok,” katanya.

Pendaki Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei menerusi laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun mangsa dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi Ahad. 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan