Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Rafak Sembah Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

01/06/2026 09:45 AM

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat, mendoakan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Semoga (Seri Paduka) Baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama, serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.

Ad Banner
Ad Banner

“Patik dan sekalian rakyat akan terus menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan. Dirgahayu Tuanku,” kata Anwar.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan