Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong: Menteri Besar, Ketua Menteri Zahir Ucapan Tahniah

01/06/2026 03:28 PM

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Barisan Menteri Besar dan Ketua Menteri hari ini merafak sembah serta menzahirkan ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menerusi platform media sosial masing-masing.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi hantaran di media sosial, mendoakan agar Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah serta seluruh kerabat diraja, sentiasa dikurniakan keafiatan serta dilimpahi rahmat Allah SWT.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mendoakan semoga negara Malaysia terus berada dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Seri Paduka Baginda, serta dikurniakan kemajuan yang berterusan demi kesejahteraan seluruh rakyat.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi pihak kerajaan negeri, mendoakan agar kepimpinan Seri Paduka Baginda terus membawa keberkatan yang berpanjangan dalam menerajui negara.

“Patik juga mendoakan semoga Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan yang berterusan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan