Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Bapa 

21/06/2026 08:47 AM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa buat seluruh insan yang bergelar bapa.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah bapa adalah sumber kekuatan sesebuah keluarga serta pembimbing yang mencorakkan masa depan anak-anak.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan bimbingan bapa yang amat bernilai. 

Ad Banner
Ad Banner

Biarpun jarang dizahirkan dengan kata-kata, Seri Paduka Baginda bertitah jasa serta kasih seorang bapa tetap abadi dalam hati.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan rahmat-Nya ke atas Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II,” titah Seri Paduka Baginda.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan