Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-42 Kepada TV3, Seru Terus Angkat Suara Rakyat

01/06/2026 05:46 PM

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-42 kepada TV3 sambil berharap agar stesen televisyen itu terus mengangkat suara rakyat yang susah serta menyorot isu alam sekitar yang menyentuh masa depan negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau turut berharap agar TV3 terus menjulang legasi kewartawanan, penerbitan dan personaliti yang pernah mewarnai perjalanan stesen televisyen itu sebagai antara institusi media paling berpengaruh di negara ini.

“TV3 telah menginjak usia 42 tahun. Usia lebih empat dekad menggambarkan himpunan pengalaman yang seharusnya mematangkan prinsip serta mengukuhkan integriti sebagai institusi media yang dipercayai rakyat.

Ad Banner
Ad Banner

“Selamat ulang tahun ke-42 buat TV3,” kata Anwar. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan