Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

JPNT Pandang Serius Salah Laku Guru, Ingatkan Pentadbir Sekolah Sentiasa Peka

03/06/2026 08:05 PM

KUALA TERENGGANU, 3 Jun (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memandang serius sebarang perlakuan menjejaskan integriti, profesionalisme serta imej perkhidmatan pendidikan susulan kes salah laku membabitkan seorang guru dari daerah Besut yang dituduh di mahkamah hari ini.

JPNT dalam kenyataan hari ini memaklumkan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses perundangan dan tindakan tatatertib dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang serta peraturan.

"Pada masa sama, jabatan mengingatkan semua pentadbir sekolah agar sentiasa peka, prihatin dan proaktif dalam mengenal pasti sebarang petunjuk awal salah laku dalam kalangan warga sekolah.

Ad Banner
Ad Banner

"Pemantauan berterusan, pengukuhan budaya integriti serta tindakan segera terhadap sebarang aduan atau maklumat yang diterima hendaklah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid terpelihara," menurut kenyataan itu.

JPNT memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang melanggar undang-undang, etika dan peraturan perkhidmatan awam, di samping komited dalam memastikan institusi pendidikan kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan berintegriti.

Seorang guru hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Setiu atas tujuh pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelaki, bulan lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan