Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

JKNJ Nafi Dakwaan Hospital Segamat Akan Ditutup

04/06/2026 11:05 PM

JOHOR BAHRU, 4 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan  Hospital Segamat akan ditutup mulai 1 Julai ini, seperti yang tular menerusi media sosial.

Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut@Ahmad berkata hospital berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan tiada sebarang penutupan seperti didakwa.

Beliau berkata JKNJ turut mengambil maklum berhubung surat penangguhan bagi rujukan kes-kes Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di hospital berkenaan yang turut tular. 

Ad Banner
Ad Banner

“JKNJ sedang meneliti dan memuktamadkan pengaturan perkhidmatan di Jabatan O&G Hospital Segamat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berterusan kepada masyarakat.

“Status terkini serta perancangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata JKNJ komited untuk memastikan sebarang langkah penyusunan semula perkhidmatan dan pengoptimuman sumber manusia dilaksanakan secara terancang bagi menjamin kelangsungan operasi serta kesinambungan rawatan dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Terdahulu, tular hantaran pemilik satu akaun di Threads yang mendakwa Hospital Segamat akan ditutup berikutan kekurangan doktor dan petugas hospital.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan