Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Trafik Beberapa Lebuh Raya Perlahan Malam Ini

07/06/2026 09:08 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan malam ini, selain satu kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Baharu menghala ke Jawi dilaporkan petang tadi.

​Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kemalangan pada kira-kira 6.30 petang di Kilometer 171.3 menyebabkan lorong kecemasan terhalang sekali gus mengakibatkan pergerakan kenderaan perlahan di lokasi berkenaan.

​”Bagi trafik arah utara, pergerakan turut perlahan dari Perai menghala ke Juru manakala di arah selatan, trafik agak perlahan dari Simpang Renggam menuju ke Sedenak serta di kawasan Kulai,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Ad Banner
Ad Banner

​Beliau berkata bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, trafik perlahan di kawasan Lentang menghala ke Bukit Tinggi serta di Plaza Tol Gombak menuju ke ibu negara.

T​rafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 pula lancar dan terkawal setakat 8 malam tadi.

​LLM menjangkakan jumlah kenderaan di lebuh raya utama akan terus meningkat menjelang tengah malam ini berikutan sesi persekolahan bermula dan orang ramai kembali bekerja esok.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan memastikan baki kad Touch 'n Go atau e-dompet mencukupi bagi melancarkan pergerakan di plaza tol, memeriksa kenderaan termasuk tekanan angin tayar serta digalakkan berehat di kawasan rehat dan rawat (R&R) jika penat atau mengantuk.

​-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan