PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan Datuk Ibrahim Esa dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
"Saya yakin dengan pengalaman luas dan kepakaran teknikal yang dimiliki, beliau dapat memacu kecemerlangan JKR sebagai agensi peneraju pembangunan infrastruktur negara serta memperhebat kecekapan pelaksanaan projek pembangunan negara ke tahap tertinggi," katanya.
Ibrahim, 58, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memiliki pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan awam serta pengurusan projek pembangunan infrastruktur dan fasiliti awam selama 32 tahun.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial