Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KSN Ucap Tahniah Kejayaan Unny Sankar Raih Pengiktirafan Antarabangsa

09/06/2026 12:52 PM

PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing Unny Sankar Ravi Sankar susulan menerima pengiktirafan Icons of Change International Awards 2026.

Menerusi hantaran di laman sosial rasminya, Shamsul Azri berkata Unny Sankar melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menerima pengiktirafan berprestij di peringkat antarabangsa itu.

“Kejayaan ini memecah stereotaip dan membuktikan bahawa penjawat awam Malaysia sentiasa berdaya saing, tangkas (agile) dan mampu memacu perubahan di peringkat global.

Ad Banner
Ad Banner

“Ia (selari) dengan nilai Malaysia MADANI dan Pelan Industrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang menuntut kecemerlangan dan daya cipta berterusan. Syabas dan Tahniah,” katanya.

Pada Sabtu lepas, media melaporkan Unny Sankar  mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menerima Icons of Change International Awards 2026, pengiktirafan global menghargai individu dan institusi yang menyumbang kepada pembangunan mampan.

Anugerah itu disampaikan bersempena dengan Tahun Antarabangsa Sukarelawan bagi Pembangunan Mampan 2026 yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Gerakan Icons of Change™ ialah platform pengiktirafan global utama yang memberi penghormatan kepada Pembuat Perubahan transformatif - individu dan organisasi yang visi, kepimpinan dan intervensi inovatifnya menjana impak boleh diukur merentasi industri dan komuniti di seluruh dunia. 

Dalam peranannya ketika ini, Unny Sankar, yang menerima anugerah itu tahun ini, bertanggungjawab memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China.

Sebelum pelantikannya di Beijing, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen China dan Seksyen Eropah II di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), menyelia perkara berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Malaysia serta hubungan ekonomi dengan China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Kesatuan Eropah dan beberapa negara Eropah Barat terpilih.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan