Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perhilitan Sahkan Terima Aduan Kemunculan Harimau Malaya Di Gua Musang

09/06/2026 04:04 PM

GUA MUSANG, 9 Jun (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahkan menerima aduan berhubung kemunculan seekor harimau Malaya di kawasan Jambatan Sungai Relai di sini semalam, susulan penularan video haiwan itu dalam media sosial.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata siasatan yang dijalankan oleh Perhilitan Daerah Gua Musang mendapati harimau berkenaan dipercayai hanya melintasi kawasan berkenaan sebelum kembali ke habitat asalnya.

Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan di lokasi tidak menemukan kelibat harimau itu dan setakat ini tiada laporan diterima mengenai gangguan terhadap penduduk di kawasan berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner

“Tiada kelibat harimau ditemukan semasa pemeriksaan dijalankan dan tiada laporan gangguan terhadap penduduk diterima sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Abdul Kadir menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri atau mengganggu hidupan liar sekiranya terserempak dengan haiwan berkenaan, selain segera melaporkan kejadian menerusi talian hotline 1-800-88-5151.

“Perhilitan akan terus memantau keadaan di lokasi bagi memastikan keselamatan awam serta kelangsungan usaha pemuliharaan harimau Malaya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan