Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lagu Tempatan Perlu Diberi Ruang Lebih Meluas Di Stesen Radio - Fahmi

09/06/2026 07:12 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti dengan lebih serius kaedah untuk membantu lagu-lagu tempatan agar diberikan ruang lebih meluas di stesen-stesen radio termasuk di stesen yang menyiarkan lagu dalam bahasa Tamil, Cina dan Inggeris, berbanding lagu luar negara.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata Malaysia mempunyai ramai artis tempatan yang berbakat dan hasil karya berkualiti.

Pada masa sama, beliau berkata pelbagai bentuk sokongan juga telah disalurkan, termasuk geran kepada penggiat seni serta pentas seperti acara R!UH yang banyak menampilkan bakat Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

“Industri muzik tempatan hanya akan terus berkembang jika ekosistemnya bergerak seiring bersama penciptaan karya, siaran, promosi dan sokongan berterusan kepada artis tempatan,” katanya.

Fahmi berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan wakil Persatuan Artis-Artis Rakaman India Malaysia (MINDRAA) di Angkasapuri di sini, yang menyentuh mengenai pemerkasaan muzik tempatan, khususnya ruang dan sokongan yang perlu terus diperkukuh di stesen-stesen radio.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan