Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Ziarah Kasih Ruang Dekati Golongan Berdepan Cabaran Hidup - Fahmi

10/06/2026 10:28 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Program mendekati masyarakat seperti Ziarah Kasih sentiasa mengingatkan bahawa masih ada individu yang berdepan dengan pelbagai cabaran hidup dan memerlukan perhatian, sokongan serta keprihatinan masyarakat di sebalik kesibukan kehidupan harian, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata setiap ziarah yang dilaksanakan membuka ruang untuk mendekati golongan memerlukan selain memahami realiti kehidupan yang dihadapi mereka.

“Hari ini saya sempat lawat beberapa warga di Kampung Pasir Baru dan Taman Seri Sentosa dalam program Ziarah Kasih. Antara yang sempat saya santuni ialah Md Fozi Abdullah, Chan Peng Keong dan Evangelin Miranda.

Ad Banner
Ad Banner

“Semoga sedikit kehadiran dan perhatian ini dapat membawa makna, selain mengeratkan lagi hubungan sesama kita,” katanya.

Beliau, dalam pada itu, turut mendoakan agar mereka terus diberi kekuatan, dipermudah segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan