Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerjasama Erat Kerajaan Persekutuan, Negeri Pastikan Sabah Terus Maju - PM

13/06/2026 11:40 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Hubungan erat serta kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kekal menjadi asas penting dalam memastikan Sabah terus melangkah maju, makmur selain menikmati pembangunan lebih seimbang dan inklusif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan itu susulan pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman pada majlis makan malam di Istana Seri Kinabalu selepas selesai lawatan kerja sehari di negeri berkenaan hari ini.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh masa depan Sabah termasuk agenda pembangunan negeri, pengukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial serta ikhtiar mempertingkat taraf hidup rakyat,” kata beliau dalam catatan di Facebook.

Ad Banner
Ad Banner

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri menghadiri beberapa program termasuk Majlis Pecah Tanah Projek Sabah Southern MADANI Link (SSML) dan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan 2026.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan