Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Semua Pihak Perlu Jaga Tutur Kata, Elak Sentuh Isu 3R - Teo

15/06/2026 06:24 PM

PUTRAJAYA, 15 Jun (Bernama) -- Semua pihak diingatkan agar tidak menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam mengeluarkan kenyataan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata sebarang kenyataan yang berkemungkinan menyentuh sensitiviti bangsa, agama dan raja (3R) perlu dielakkan.

“Nasihat untuk semua orang, janganlah guna pakai bahasa-bahasa yang tidak sopan dan kita elakkan semua isu-isu 3R bukan sahaja semasa kempen tetapi sepanjang masa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus Balancing Virality & Responsibility: Journalism Amid Speed, Trust & Impact - An Industry Dialogue, di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau mengulas kritikan terhadap Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Mohd Hisyamuddin Ghazali, yang didakwa menggunakan bahasa kurang sopan dalam mengeluarkan kenyataan setelah memegang jawatan.

Teo berkata beliau belum lagi bertemu dengan Mohd Hisyamuddin bagi menyampaikan teguran tersebut.

Mohd Hisyamuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada 9 Jun, bagi menggantikan Datuk Ismail Yusop.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan