Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pekerja Pelantar Meninggal Dunia Selepas Alami Sakit Dada

17/06/2026 10:38 PM

DUNGUN, 17 Jun (Bernama) -- Seorang pekerja pelantar minyak meninggal dunia selepas mengadu mengalami ketidakselesaan pada bahagian dada ketika berada di Pelantar Minyak Guntung-Delta, Paka dekat sini hari ini.

Ketua Polis Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di pelantar minyak berkenaan pada 7.30 pagi. 

Beliau berkata sebelum itu pada 6 pagi, mangsa dipercayai mengalami ketidakselesaan pada bahagian dada.

Ad Banner
Ad Banner

"Petugas perubatan pelantar minyak telah memberikan bantuan awal pernafasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu menggunakan helikopter pada 11.22 pagi.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah hospital berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian. 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan