BENCANA NEGARA

PEMBANGUNAN TERPERINCI KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM AKAN DIUMUM JULAI -MB SELANGOR

25/06/2022 03:48 PM

BANTING, 25 Jun (Bernama) -- Pengumuman terperinci mengenai pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), yang turut merangkumi Stadium Melawati di Seksyen 13, di sini akan dibuat bulan hadapan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan negeri, telah mengenal pasti tindakan yang bersesuaian untuk pembangunan kompleks tersebut, yang akan turut diselaraskan seiring dengan pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) 3 yang melalui kawasan berkenaan.

“Jawatankuasa itu telah menilai semua cadangan sama ada (melibatkan) proses pembaikan, naik taraf, buat baharu dan semuanya,” katanya pada pemberita selepas pelancaran Siri Kedua Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib hari ini.

“Saya tidak mahu memberitahu awal, namun begitu keputusannya berhubung status KSSA sudah ada dan memerlukan untuk melihat keseluruhan bangunan kompleks itu, kerana melibatkan ratusan juta ringgit. 

“Insya-Allah, merupakan kerjasama awam-swasta. Ia bukan sepenuhnya dibiaya oleh kerajaan. Kalau kita ambil keputusan untuk baiki sahaja, tahun lepas lagi kita sudah mulakan,” katanya.

Sementara itu, mengulas berhubung insiden banjir di Selangor semalam, pegawai daerah di Selangor diingatkan untuk bersiap sedia dalam menghadapi bencana itu, khususnya pada Oktober dan November depan.

Amirudin juga meminta agar projek-projek tebatan banjir dilaksanakan pada kadar segera sebelum tempoh berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan