BERITA PRU15   DUN Johor ucap tahniah kepada PN, BN menang Parlimen Padang Serai, DUN Tioman | Azman mahu bawa aspirasi dan suara rakyat Padang Serai, jadi pembangkang berwibawa | PN menang kerusi Padang Serai, BN pertahankan Tioman | PRU15: Pusat pengundian Parlimen Padang Serai, DUN Tioman, tutup 6 petang | PRU15: Segelintir pengundi di Padang Serai tidak tahu calon tarik diri | 
BENCANA NEGARA

Penduduk di tepi laut diminta berpindah jika air pasang besar cecah tiga meter

05/10/2022 05:03 PM

ALOR SETAR, 5 Okt (Bernama) -- Penduduk tinggal di sekitar tepi laut di Kuala Kedah di sini dan Kota Kuala Muda, Sungai Petani diingatkan agar segera berpindah sekiranya paras air laut mencapai ketinggian tiga meter semasa fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 11 dan 12 Okt ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lepas, paras air laut di kedua-dua kawasan itu akan meningkat ketika fenomena air pasang besar.

“Kuala Kedah memang kerap naik air pasang besar, tapi saya hendak ingatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan tepi laut supaya dapatkan maklumat dari pihak berkuasa, berpindahlah segera jika keadaan air pasang besar meningkat.

“Selalunya paras air boleh capai sehingga paras tiga meter, tapi kalau paras air di kawasan daratan berada di buku lali itu maknanya paras air pasang besar itu tidak sampai lagi tiga meter,” katanya selepas sesi perbincangan hala tuju pelaksanaan Pasukan Bomba Sukarela di sini hari ini.

Sayani berkata JBPM Kedah telah siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dalam tempoh Monsun Timur Laut akan datang.

“Pasukan bomba memang dalam keadaan siap siaga sekarang ini, bila ada permintaan dari agensi-agensi yang terbabit untuk kami bersedia di kawasan itu kami akan membantu. Bukan sahaja bomba, tapi banyak lagi agensi akan terlibat bersama aset masing-masing bagi operasi penyelamatan mangsa,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan