COVID-19

Kes COVID-19 Di Brazil kini melebihi 21.06 juta

17/09/2021 11:56 AM

MOSCOW, 17 Sept  -- Jumlah jangkitan COVID-19 di Brazil meningkat kepada 21,069,017 dengan 34,407 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Sputnik.

Sebanyak 643 korban terkini direkodkan menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 589,240, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis.

Sementara itu, lebih 20.17 juta pesakit telah pulih sejak pandemik melanda.

Sehari sebelum, negara itu mengesahkan 14,780 kes jangkitan COVID-19, dengan 800 kematian.

Brazil berada di tangga kedua selepas Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan angka korban tertinggi dengan 669,000 kematian, dan ketiga di belakang AS dan India daripada segi jumlah kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai wabak pada 11 Mac 2020.

Sehingga kini, lebih 226.96 juta orang telah dijangkiti di seluruh dunia, dengan lebih 4.66 juta kematian dilaporkan, menurut Universiti Johns Hopkins.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan