COVID-19

COVID: 9,178 kes sembuh berbanding 5,828 kes baharu - KP Kesihatan

23/10/2021 07:35 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt -- Sebanyak 9,178 kes sembuh COVID-19 dicatatkan hari ini berbanding 5,828 kes baharu dengan 98.3 peratus atau 5,731 kes terdiri daripada kategori satu dan dua. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah keseluruhan kes baharu itu hanya 1.7 peratus atau 97 kes merupakan dalam kategori tiga, empat dan lima. 

Menurut Dr Noor Hisham, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 620 kes dengan 297 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata dua kluster baharu turut dilaporkan hari ini iaitu di Johor dan Sabah, kedua-duanya merupakan kluster tempat kerja. 

Katanya kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara hari ini ialah 0.87 dengan Kuala Lumpur mencatatkan kadar Rt paling tinggi iaitu 1.02 manakala Labuan satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan sifar.  

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

Data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan