BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
COVID-19

COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara

19/05/2022 01:00 PM

SEOUL, 19 Mei (Bernama) -- Korea Utara pada Khamis melaporkan satu lagi kematian dan lebih 262,270 kes baharu disyaki COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes menghampiri dua juta.

Menurut maklumat ibu pejabat pencegahan wabak, jumlah korban setakat ini seramai 63 orang, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Khamis lepas, Korea Utara melaporkan kes pertama selepas mendakwa negara ini bebas COVID-19 selama lebih dua tahun.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, baru-baru ini menyelar pegawai yang berkaitan kerana gagal mengambil langkah berkesan untuk mengekang penularan COVID-19 sejak awal.

Korea Selatan telah menawarkan untuk memberikan bantuan namun, setakat ini Korea Utara belum memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara itu. 

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan