DUNIA > BERITA

PENG LIYUAN MELAWAT MUZIUM KEBANGSAAN SERBIA

09/05/2024 03:07 PM

BELGRADE, 9 Mei (Bernama-CMG) -- Isteri Presiden China Xi Jinping, Prof Peng Liyuan mengadakan kunjungan ke Muzium Kebangsaan Serbia pada Rabu, ditemani isteri Presiden Serbia Aleksandar Vucic, Tamara Vucic.

Setelah melawat pameran lukisan halus, Prof Peng menyatakan bahawa Muzium Kebangsaan Serbia mempunyai sejarah lama dan koleksi yang banyak.

"Muzium bukan sahaja jendela untuk melindungi dan mempamerkan khazanah budaya, malah juga dewan untuk menyemarakkan peradaban," kata Prof Peng.

Beliau menzahirkan harapan agar China dan Serbia dapat terus mengukuhkan kerjasama dan pertukaran kebudayaan, bersama-sama membina jambatan bagi dialog tamadun.

Prof Peng dan Tamara juga menyaksikan demonstrasi kemahiran kraf tangan tradisional Serbia seperti teknik menenun dan berbual-bual dengan mereka.

Prof Peng berkata teknik menenun Serbia indah, halus dan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ia merupakan warisan budaya tidak ketara penting yang dipelihara dan diwariskan dengan baik.

"Budaya menenun dari China dan Serbia mempunyai persamaan. Kedua-dua negara boleh meningkatkan pertukaran dan saling belajar yang melibatkan golongan muda, supaya memelihara pewarisan kraf tangan tradisional dari generasi ke generasi," kata Prof Peng.

Kedua-dua wanita pertama juga meluangkan masa membuat bola felt Serbia di muzium itu.

Ditubuhkan pada tahun 1844, Muzium Kebangsaan Serbia mempunyai koleksi lebih daripada 400,000 unit, menjadikannya muzium terbesar dan tertua di Serbia.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan