DUNIA > BERITA

PRESIDEN PERANCIS EMMANUEL MACRON BUBAR PARLIMEN

10/06/2024 10:59 AM

PARIS, 10 Jun (Bernama-dpa) -- Presiden Perancis Emmanuel Macron telah memutuskan untuk membubarkan Parlimen selepas partinya tewas dalam  pilihan raya Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Beliau turut mengumumkan pengundian akan diadakan dalam dua pusingan pada 30 Jun dan 7 Julai. 

Menurut beliau, cabaran yang dihadapi oleh Perancis memerlukan kejelasan dan rakyat patut dihormati.

"Oleh itu pada penghujung hari ini, saya tidak boleh berpura-pura bahawa tiada apa yang berlaku.

"Keputusan ini adalah serius dan sukar, tetapi ia di atas segala-galanya adalah tindakan kepercayaan, kepercayaan kepada anda, rakyat Perancis yang saya kasihi," kata presiden.

Parti National Rally berhaluan kanan di Perancis dijangka mengalahkan parti Renaissance pimpinan Macron dengan margin yang besar dalam Pilihan Raya Parlimen Eropah negara itu, menurut unjuran penyiar France 2 dan TF1 selepas pengundian berakhir pada Ahad.

--BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan