DUNIA > BERITA

PM BELGIUM AKUI KEKALAHAN PARTINYA DALAM PILIHAN RAYA

10/06/2024 11:29 AM

MOSCOW, 10 Jun (Bernama-Sputnik) -- Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo, berkata parti Open Flemish Liberals and Democrats (Open Vld) yang dipimpinnya telah kalah dalam pilihan raya parlimen persekutuan dan serantau serta menggesa agar kerajaan baharu dibentuk secepat mungkin, lapor Sputnik.

"Ini adalah malam yang sangat sukar bagi kami. Kami telah kalah dalam pilihan raya ini. Ini bukan keputusan yang kami jangkakan.

"Saya bertanggungjawab atas kekalahan ini. Saya akan menumpukan perhatian kepada urusan semasa sehingga pengganti saya dilantik," kata De Croo pada persidangan di Brussels pada Ahad.

Pemimpin parti Open Vld, Tom Ongena berkata parti itu tidak merancang untuk menyertai pembentukan kerajaan masa depan dan akan menjadi pembangkang.

Parti nasionalis Flemish, Vlaams Belang dan New Flemish Alliance sedang mendahului dalam pilihan raya parlimen persekutuan Belgium dan masing-masing akan menerima 20 dan 24 kerusi dalam dewan perundangan yang mempunyai 150 kerusi. Open Vld hanya akan menerima 7 kerusi.

--BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan