DUNIA > BERITA

NAHAS PESAWAT: NAIB PRESIDEN MALAWI CHILIMA DISAHKAN TERKORBAN

11/06/2024 09:31 PM

MOSCOW, 11 Jun (Bernama-Sputnik) -- Naib Presiden Malawi, Saulos Klaus Chilima dan sembilan penumpang lain disahkan terkorban selepas pesawat yang dinaiki mereka dipercayai terhempas, Sputnik memetik laporan portal berita MBC Digital pada Selasa yang memetik kenyataan presiden negara, Lazarus Chakwera.

Pesawat Angkatan Pertahanan Malawi dilapor gagal mendarat di Lapangan Terbang Mzuzu akibat cuaca buruk dan juruterbang dinasihatkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kamuzu di Lilongwe sebelum pesawat itu hilang dari radar sekitar 10 pagi waktu tempatan (0800 GMT) Isnin.

AFP memetik sumber yang mendakwa bahawa serpihan pesawat tentera itu telah ditemui.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan