DUNIA > BERITA

OPTIMUMKAN SISTEM KORPORAT MODEN BERCIRIKAN CHINA: XI

12/06/2024 03:10 PM

BEIJING, 12 Jun (Bernama-CMG) -- Sistem korporat moden bercirikan China perlu terus dioptimumkan bagi memupuk lebih banyak syarikat yang bertaraf dunia, kata Presiden China Xi Jinping pada Selasa.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menyatakan demikian semasa mempengerusikan mesyuarat kelima suruhanjaya pusat mengenai pemerkasaan pembaharuan secara menyeluruh yang berlangsung di sini.

Berhubung keselamatan makanan, Xi menekankan perlunya merangsang motivasi petani dalam mengusahakan penanaman bijirin di samping menggerakkan daya usaha kerajaan tempatan untuk memantapkan pengeluaran bijirin.

Antara perkara lain yang turut diberi penekanan adalah memacu inovasi menerusi keterbukaan, menyempurnakan mekanisme keterbukaan melibatkan teknologi dan membina sistem inovasi berorientasikan global.

Mesyuarat itu meluluskan garis panduan bagi mengoptimumkan sistem korporat moden bercirikan China, menyempurnakan mekanisme penjaminan pendapatan petani serta pemampasan di kawasan pengeluaran bijirin utama, selain mewujudkan persekitaran terbuka yang berdaya saing di peringkat global untuk inovasi teknologi.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan